Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu.
Aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku.
Rupa-rupanya budak itu ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul
supaya berhenti menangis. Aku menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah
berlaku. Rupa-rupanya Nurul ketinggalan bas. Aku cuba mententeramkannya
dan berjanji akan menghantarnya pulang.
Aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Dalam keadaan panas terik, aku
terpaksa mengayuh basikalku lebih berat daripada biasa menuju ke
rumahnya yang terletak kira-kira 2 kilometer dari situ. Ini sungguh
memenatkan. Namun, aku gembira kerana dapat menghantarnya pulang ke
rumah.
Bajuku telah pun basah lencun dengan peluh setibanya kami di halaman
rumahnya. Nurul kelihatan amat gembira sekali lalu mengucapkan terima
kasih kepadaku sebelum ia beredar ke rumahnya.
Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat.
Namun, selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka memuji
tindakanku itu. Kata ayah, "Kita haruslah menolong orang yang kesusahan.
Sumber : http://karangansr.blogspot.com/2010/01/menyambung-cerita.html